Nama saya Arif Naim,
Kalau Najwa masih ingat,
Kawan saya Shafieza Hanem,
Kami suka Najwa sangat.
Bangun pagi Hari Raya,
Pakai baju kurung Satin,
Ucapan Selamat Hari Raya,
Mohon maaf Zahir dan batin.
Bertemu di Jusco AU 2,
Balik dengar lagu I love you,
Salam dahulu orang tua,
Baru minta duit saku.
Sebelum tidur lagumu didendang,
Album Najwa ditandatangani,
Makanan kegemaran ialah rendang,
Masakan ibu sangat digemari.
Nama kuih jemput-jemput,
Ke rumah kawan dipandu papa,
Rumah terbuka harus dijemput,
Duit raya jangan dilupa.
Sanggup Arif naik LRT,
Kerana ingin bertemu Najwa,
Raya dihiasi bunga api,
Pelita dinyala bersma-sama.
Pergi konsert di Rooftop lot 10,
Menunggu Najwa dengan Sabar,
Menulis ucapan menggunakan pen,
Berjumpa Najwa untuk bergambar.
Terlepas satu konsert Najwa,
Konsert diadakan di Subang,
Gembira sungguh hati dan jiwa,
Keluarga berkumpul makan lemang.
Datang dari pulau Jawa,
Bawa sedulang pencuci mulut,
Arif minat Imratul Najwa,
Tolong beri kad tersebut.
Akhir sudah pantun ini,
Pantun diberi kepada ratu,
Harap pertandingan dimenangi,
Kerana Arif peminat nombor satu!